Marwan Barghusi
Marwan Barghusi

Marwan Barghusi

Marwan Barghusi (juga dieja sebagai al-Barghuthi atau al-Barghouthi; Arab: مروان البرغوثيcode: ar is deprecated ; lahir 6 Jun1959) ialah seorang tokoh politik Palestin yang kini sedang ditahan dan dipenjarakan atau tuduhan membunuh oleh mahkamah Israel.[1] Beliau dikenali sebagai pemimpin dalam Intifadah Pertama dan Kedua. Barghusi pada suatu ketika menyokong proses pendamaian, tetapi kemudian kecewa dengan proses tersebut, dan selepas tiba tahun 2000 beliau menjadi pemimpin dalam Intifadah Kedua dari Tebing Barat.[1][2] Barghusi ialah pemimpin bagi Tanzim, sebuah cabang ketenteraan Fatah.[3]Pihak berkuasa Israel menggelar Barghusi sebagai pengganas, menuduh beliau mengarahkan banyak serangan, termasuklah pengeboman berani mati, yang mensasarkan orang awam dan tentera.[4] Barghusi pernah ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel pada 2002 di Ramallah.[1] Beliau dibicarakan dan disabitkan tuduhan membunuh, dan dikenakan lima hukuman penjara seumur hidup. Marwan Barghusi enggan mengemukakan pembelaan terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, kekal mengatakan perbicaraan terhadapnya itu adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.Barghusi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam Fatah walaupun dalam penjara.[5] Dengan populariti yang menjangkau lebih jauh daripada itu, terdapat beberapa spekulasi sama ada beliau boleh menjadi calon penyatuan dalam usaha untuk menggantikan Mahmud Abbas.[6]Dalam rundingan pertukaran tawanan Palestin untuk askar Israel yang ditangkap Gilad Shalit, Hamas berkeras untuk memasukkan Barghusi dalam perjanjian pertukaran dengan Israel;[7][8] walau bagaimanapun, Israel tidak mahu akur dengan tuntutan tersebut. Walaupun laporan awal menyatakan bahawa beliau akan dibebaskan pada persetujuan antara Israel dan Hamas pada 11 Oktober 2011, ia kemudiannya idnafikan oleh sumber Israel.[9][10]Pada November 2023, Barghusi menggesa Pihak Berkuasa Palestin untuk dengan segera menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel dan menyeru kepada Intifadah Ketiga menentang Israel.[11]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Marwan Barghusi http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/1473585.stm http://weekly.ahram.org.eg/2002/582/7inv1.htm https://web.archive.org/web/20090926045500/http://... https://web.archive.org/web/20090930131817/http://... https://web.archive.org/web/20100107192330/http://... https://web.archive.org/web/20120410052625/http://... https://web.archive.org/web/20020910050144/http://... https://books.google.com/books?id=3eZK7cm6pjoC&pg=... https://books.google.com/books?id=EVN_FhziN_EC&pg=... https://books.google.com/books?id=m_NE9jbFTrsC